Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Follower

Sunday, May 22, 2011

Pandangan Orang Ketiga

Nama saya Wanx. Orang panggil saya keding. Orang cakap saya ni comot tapi dulu dulu lah masa zaman budak bodoh. Tapi saya tak berapa nak kisah sebab saya tak tahu apa apa masa tuh.
Sekarang saya dah besar , kekurangan yang dulu masih ada sehingga sekarang takda yang lebih mahupun kurang. Tapi saya tak hairan pun sebab diri saya kan?
Hmm cuma bezanya sekarang saya hitam and comot sikit berbanding dulu kala .
Saya ni memang kuat makan biarlah orang nak cakap saya gemuk ke apa tapi saya hidup bukannya untuk diaorang.
Tuhan takdirkan badan saya keding macam ni pun saya tak kisah sebab tuhan tahu apa yang terbaik untuk saya. Tak macam awak suka cakap pasal kekurangan orang tanpa tengok kekurangan awak sendiri.
Bila saya tengok orang saya memang suka puji orang.
Kawan saya marah bila saya puji orang lebih lebih tapi dah memang betul diaorang tuh cantik takkan saya nak kutuk.
Saya memang selalu puji orang dan sangat jarang menghina orang sebab saya sedar saya dengan awak duduk di bawah langit yang sama. Tiada yang menarik pun dekat saya.
Saya berdoa pada Allah supaya Allah sentiasa elakkan saya dari berkata buruk tentang orang sebab saya takut sangat apa yang saya cakap pasal orang akan datang balik dekat saya.
Gigi saya memang cap arnab pun walaupun saya tak suka tapi saya tetap sayang gigi saya dan tanpa gigi tu macam mana nak makan? Hidung saya pun besar tapi saya bangga jea sebab dengan hidung larh kita boleh bernafas.
So bagi saya , saya unik kerana kekurangan saya. Dia buat saya berbeza dari yang lain. Saya pasti tentang itu. Terima kasih Tuhan <3

No comments:

Post a Comment